World Cup: Suara Peduli Palestina, Chamah Ulu Sepat Expedition – Spirit of 24
1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, akhirnya ekspedisi Chamah Ulu Sepat yang dirancang lebih bertahun lamanya menjadi kenyataan pada cuti semester III 2009/2010. Ekspedisi ini bertemakan World Cup: Suara Peduli Palestina, yang diilhamkan oleh salah seorang ahli yang turut serta dalam ekspedisi kali ini.
2. Palestina merupakan kota suci bagi Islam yang terus bergolak berkurun lamanya sehingga ke penghujung tamadun dunia kelak. Kita sebagai umat Islam perlu mengetahui sejarah dan latar belakang Palestina yang menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah, di Mekkah.
3. Ekspedisi ini diadakan pada 3 Julai sehingga 9 Julai 2010. Seramai 24 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang menyertai ekspedisi kali ini. Mereka ialah
1. Abe
2. Nadea – bakal
3. Fathi – Program Manager
4. Yahya – Ketua ekspedisi
5. Arip
6. Syamil – Mangsa
7. Kamilan – Kawan rapat Mangsa, ehem
8. Muaz MIAT
9. Suhaib CCM – GRADUAN
10.Kacap – GRADUAN
11. Black – GRADUAN
12. Ammar Kuantan – GRADUAN
13. Jama Kemas – GRADUAN
14. Kak Pah – GRADUAN
15. Adibah
16. Nad – Doktor Upahan
17. Azkeey,
18. Ustaz Sharif – Lebai
19. Din
20. Amin – President
21. Noni – Tukang masak tunggal
22. Anis – Wow, anak Big Bos
23. Amir – Mulut Bising
24. Jepah
25. Ainun – Tinggal Kenangan
4. Seperti biasa, kami berkumpul di tangga besar IIUM sebelum bergerak menaiki kemudahan awam menuju ke KL Sentral. Keretapi dijangka bertolak pada jam 830 Malam tetapi atas faktor kawan-kawan ketua ekspedisi telah mengawalkan waktu berkumpul pada jam 4 petang untuk mengelakkan kelewatan kehadiran peserta.
5. Tepat jam 830 Malam, kereta api bertolak menuju ke Gua Musang dan tiba di sana pada jam 630 pagi 4 Julai 2010. Setibanya di sana, kami terus mencari 3 lagi peserta yang telah menunggu di sana, Kak Pah, Kamilan, dan Jepah.
6. Selesai bersarapan pagi dan membeli bungkusan untuk makan tengah hari, kami bergerak menaiki sebijik hilux dan 3 kereta menuju ke Kuala Betis. Kuala Betis merupakan pekan terakhir sebelum kami memulakan perjalanan 3 jam menuju ke Pos Rekom, kawasan penempatan orang asli.
7. Perjalanan 3 jam menaiki pacuan empat roda ke Pos Rekom memang menguji mental setiap peserta. Ditambah pula dengan jalan yang tidak bertar dan hakisan akibat daripada hujan sepanjang perjalanan.
8. Akhirnya kami sampai di checkpoint akhir untuk hilux, dari sini kami meneruskan perjalanan menuju ke Pos Rekom selama 2 jam. Team akhir tiba pada jam 4 petang.
9. Malam pertama, kami membuat keputusan untuk bermalam di Pak Kassim’s Site di dalam kawasan Pos Rekom. Tapak perkhemahan yang baru dibuka oleh Pak Kassim pada ekspedisi beliau yang lepas bersama Kuntau Adventure Team.
10. Makan, macam biasa disediakan oleh Ketua Chef Noni. Keenakan masakan beliau memang tiada tandingannya setakat ini.
11. Selepas makan malam, masa untuk bersuka ria bersama kawan-kawan. Dua pusat judi cawangan Macau dan New York dibuka untuk melepaskan segala penat lelah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pos Rekom. Lebih kurang jam 11 malam Casino ditutup dan semua menuju ke tempat tidur masing-masing.
bersambung….
malas style.. hahaha






