Report of Mount Yong Yap Tok Nenek

Alhamdulillah, akhirnya ekspedisi yang diidamkan telah berjaya direalisasikan dengan sungguh jayanya sekali. Tahniah kepada Program Manager, Arif Sukarno yang bertungkus lumus untuk menjadikan ekspedisi ini satu kenyataan. Tidak dilupa kepada orang perseorangan yang turut membantu dan memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan ekspedisi ini. Ramai nama yang boleh disenaraikan tetapi biarlah rahsia, moga-moga jasa kalian diberkati hendaknya. Berikut ialah catatan kami sebagai rujukan kepada pendaki lain yang ingin mencuba Gunung Yong Yap Tok Nenek.

Day 1, 23 Januari 2010
IIUM – Pos Brooke

1. Jumlah peserta untuk ekpedisi kali ini seramai 18 orang terdiri daripada 16 lelaki dan 2 perempuan. Mereka diketaui oleh Arep, Abe, Nadea, El, Olim, Yahya, Asker, Din, Ejad, Fathi, Ammar Asri, Khainis, Awe, Jama, Halim, Alain, dan Bani.

2. Bagi El dan Bani, ekspedisi ini merupakan ekspedisi pertama mereka mendaki gunung bersama ARCIIUM. Walaupun pertama kali menyertai ekspedisi namun kesungguhan dan semangat mereka haruslah dicontohi kerana memberikan kerjasama yang cukup baik tanpa sebarang masalah.

3. Sekalung tahniah juga kepada Awe yang bersemangat untuk turut serta dalam ekspedisi ini walaupun tercedera sebelum menaiki bas lagi. Semangat yang ada pada dia hendaklah dicontohi dan menjadi pembakar semangat kepada kawan-kawan lain.

4. Macam biasa, tempat berkumpul adalah di Tangga Besar IIUM. Bas bergerak tepat jam 6 petang diiringi oleh Pegawai daripada Female Sports Complex, Bro Hairi.

yy4 yy5

5. Bas berhenti rehat di RnR Tapah. Peserta mengambil peluang untuk mengerjakan solat jamak dan makan malam bersama. Sessi Taaruf ringan-ringan dimulakan di sini.

6. Tepat jam 11 malam kami selamat tiba di Pos Brooke, Gua Musang. Kami terus memasuki surau Pos Brooke dan bermalam di sini.

7. Satu pasukan dikerah untuk mencari Pak Kassim sebagai Jurupandu bagi ekspedisi kali ini manakala satu pasukan lagi ditugaskan untuk menyiapkan air dan juga nasi untuk makanan esok pagi.

yy2 yy3

Day 2, 24 Januari 2010
Pos Brooke – Kem Tahak

yy1

1. Selesai solat, sarapan pagi, dan bersiap kami memulakan perjalanan hari pertama ke Kem Tahak. Perjalanan dimulakan tepat jam 9 pagi. Dari air muka masing-masing dapat dilihat kesungguhan untuk mendaki Gunung Yong Yap Tok Nenek.

2. Kami berhenti makan tengah hari di Sungai Y besar, simpang yang memisahkan Gunung Yong Yap Tok Nenek. Perjalanan ke sini dari Pos Brooke memakan masa lebih kurang 2 jam. Trek yang landai dan kadang kala berbukit dilalui oleh kami.

yy8 yy9 yy0

3. Perjalanan di teruskan menuju ke Kem Tahak. Kesan Tsunami sungai masih lagi jelas kelihatan selepas simpang Sungai Y. Pokok, batu, lalang, dan juga buluh hancur di telan oleh kepala air.

4. Selepas 10 minit berjalan dari Sungai Y, pasukan Sweeper terdiri daripada Abe, Yaye, Asker, Ammar, Olim, dan El telah tersasar jauh dari trek yang sepatutnya dilalui. Mujur Pak Kassim muncul ketika mereka mencari jalan yang sepatutnya dilalui. Hampir 20 minit mereka tersasar dari trek yang sepatutnya dilalui.

5. Selepas 6 jam berjalan, semua selamat tiba di Kem Tahak.

6. Pada sebelah malamnya, agas telah menyerang tapak perkhemahan kami. Bermacam-macam gaya dapat dilihat untuk menahan serangan tersebut.

yy7

7. Selepas makan malam, macam biasalah masuk tidur.

Day 3, 25 Januari 2010
Kem Tahak – Puncak Bubu

1. Pendakian hari ini memang menguji ketahanan mental para pendaki. Perjalanan dimulakan macam biasa pada jam 9 pagi.

2. Selepas 45 minit berjalan, kami tiba di kem Agas yang merupakan Last Water Point sebelum mendaki ke Puncak Yong Yap. Perjalanan dari sini ke Puncak Yong Yap mengambil masa 3 jam.

3. Sebelum tiba di Puncak Yong Yap, kami meletakkan beg di Simpang ke Puncak Bubu. Dari sini, kami mengambil masa lagi 25 minit ke Puncak Yong Yap.

101-2611

4. Kami mengambil peluang untuk bergambar dan menikmati keindahan puncak Yong Yap sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak Bubu. Walaupun tanpa kehadiran Awe di puncak Yong Yap, semangat beliau telah kami bawa bersama di atas semangat satu pasukan dan setia kawan.

<SL382290 SL382297 SL382296

5. Klimaks untuk ekpedisi kali ini ialah laluan Puncak Yong Yap ke Puncak Bubu. Kesengsaraan trek ini mungkin disebabkan air 5 liter yang dibawa juga trek yang jauh dan pendakian menegak sehingga ke Puncak Bubu.

SL382380

6. Jam 6 petang, semua selamat tiba di Puncak Bubu. Jumlah perjalanan hari ini lebih kurang 8 jam.

7. Menu makan malam kali ini ialah Daging masak kicap, Nasi Puteh, Teh o Laici, dan Telur hancur. Terima kasih diucapkan kepada Nadea dan Olim berganding bahu menyiapkan makan malam tersebut. Sungguh enak apabila air tangan mereka berdua bergabung.

8. Macam biasa, lepas makan bergerak masing-masing ke tempat tidur. Selamat malam

Day 4, 26 Januari 2010
Puncak Bubu – Brinchang

101-2632

1. Perjalanan hari terakhir, masing-masing bersemangat untuk keluar dan Cameron Highland terbayang dalam pandangan.

2. Perjalanan di teruskan ke Puncak Tok Nenek. Perjalanan dari sini mengambil masa 2 jam. Nasib tidak menyebelahi kami kerana Puncak Tok Nenek diselubungi kabus tebal yang menghadkan jarak penglihatan kami.

SL382383

3. Tepat jam 12, kami meneruskan perjalanan ke Kem Belumut. Kami berhenti rehat dan makan tengah hari di sini. Spaghetti masakan Nadea memang menyelerakan dan mengenyangkan perut kami. Mungkin kerana senyuman yang dilemparkan ketika memasak menambahkan lagi aroma keenakan spaghetti tersebut.

4. Jam 2 petang, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Y besar. Perjalanan dari sini memakan masa 3 jam. Terasa jauh perjalanan ini mungkin kerana kesan runtuhan buluh yang ada hampir di sepanjang perjalanan. Buluh yang melintasi perjalanan kami menyebabkan perjalanan kami perlahan dan membuhsankan.

5. Dari sungai Y ke Pos Brooke, perjalanan mengambil masa 2 jam. Melepasi Sungai Lui jalan semakin gelap. Namun perjalanan tetap diteruskan berbekalkan lampu di kepala.

6. Alhamdulillah, selepas 11 jam berjalan kami selamat tiba di Pos Brooke. Sorakan kanak-kanak orang asli di Sekolah Pos Brooke menghilangkan rasa letih kami. Terasa seperti di sambut sebagai wira yang baru pulang dari mendaki Gunung Everest.

7. Jam 9 malam, Abang Nasir sampai dan terus membawa kami ke Brinchang. Check in hostel, makan malam, royal, dan terus tidur. Jumpa esok untuk berjalan-jalan di Cameron Highland.

Day 5, 27 Januari 2010
Brinchang – IIUM

1. Roti gegar, nasi lemak, roti canai, roti telur, dan kuih-muih menjadi santapan kami pagi ini.
Kemudian, pada jam 11 pagi, kami bergerak ke Kea Farm menaiki van yang ditahan didepan asrama kami.

3. Ais krim strawberri, jagung bakar, cendawan goreng, jagung rebus, teh strawberri, dan sayur menjadi tumpuan kami setibanya di sana.

101-2679 SL382426

4. Selesai bercanda di Kea Farm, kami bergerak menuju ke Strawberry Farm di belakang hostel kami. Butterhead Juice, Coffe, Strawberrry Shake, dan Strawberry Waffle menjadi santapan kami di sini. Minuman dan makanan tersebut dikongsi mengeratkan lagi silaturrahim di antara peserta.

5. Masa untuk makan tengah hari, dengan baki wang ekspedisi yang masih banyak kami sebulat suara bersetuju membelanjanya di KFC Brinchang. Set Dinner Plate untuk setiap seorang.

SL382533

6. Jam 5 petang kami bertolak pulang ke IIUM. Sebelum pulang, kami singgah sebentar di Cameron Valley Tea bergambar kenang-kenangan.

9009

7. Upacara penutup di adakan di Tangga Besar, Arip memberikan ucapan ringkas dan diakhiri dengan doa.

8. Hingga bertemu lagi pada ekspedisi akan datang. Kepada semua janganlah menyesal untuk bersama kami di masa hadapan.

9. Sekian, terima kasih

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Leave a Reply