Mount Yong Yap Tok Nenek Update

Berikut adalah maklumat semasa yang diperoleh berkaitan program ARCIIUM untuk cuti semester ini.
1. Baju rasmi untuk ekspedisi kali ini adalah seperti gambar di atas.
2. Bayaran penyertaan masih lagi ditetapkan pada harga RM100 untuk satu kepala kepada lelaki dan perempuan. Walaupun peserta lelaki ada dua kepala. Kos meliputi pengangkutan dari KL-Pos Brooke, Makanan, Jurupandu, Khemah, Van Pos Brooke-Brinchang, Hostel di Brinchang, T-shirt Program, pengangkutan Brinchang-KL. Kos makan dan ronggeng di Cameron adalah di bawah tanggungan sendiri. Peserta diharapkan dapat menyediakan duit yang mencukupi untuk bergembira bersama.
3. Jumlah penyertaan untuk ekpspedisi kali ini masih mempunyai 3 kekosongan. Setakat berita ditulis, peserta terdiri daripada 17 lelaki dan 4 perempuan. Antara mereka yang akan menyertai program ini ialah Abe, Yahya, Asker, Arep, Alya, El, Senduk, Kak Ros, Hafiz, dan beberapa muka baru untuk aktiviti ARCIIUM.
4. Pendaftaran masih dibuka bagi mereka yang ingin menyertai ekspedisi ini. Tempat adalah terhad. Sesiapa yang ingin mengikuti program ini bolehlah menghubungi Bro Arep (013-6247821)
5. Tarikh untuk ekspedisi ini ialah 23-27 Januari 2010.
6. Berikut adalah tentatif program yang telah dibincang dan dipersetujui oleh Ahli Majlis Syura ARCIIUM
23/1/2010
4 petang – Berkumpul di Tangga Firaun IIUM
5 petang – Bertolak ke Pos Brooke, Gua Musang
9 malam – Tiba di Pos Brooke
10 malam – Siapkan diri, Tidur di Surau Pos Brooke
24/1/2010
4 pagi – Qiamullail, Solat Tahajud, Solat Tasbih
6 pagi – Solat Subuh Jemaah, Mathurat
7 pagi – Sarapan pagi, khidmat diri, warming up
8 pagi – Memulakan perjalanan ke Kem Kambing
6 petang – tiba di Kem Kambing
8 malam – khidmat diri, makan
10 malam – tidur
25/1/2010
4 pagi – Qiamullail, Solat Tahajud, Solat Tasbih
6 pagi – Solat Subuh Jemaah, Mathurat
7 pagi – Sarapan pagi, khidmat diri, warming up
8 pagi – Memulakan perjalanan ke Puncak Yong Yap
11 pagi – Tiba di Puncak Tok Nenek
1 petang – Tiba di Puncak Bubu
6 petang – Tiba di Puncak Yong Yap
8 malam – khidmat diri, makan
10 malam – tidur
26/1/2010
4 pagi – Qiamullail, Solat Tahajud, Solat Tasbih
6 pagi – Solat Subuh Jemaah, Mathurat
7 pagi – Sarapan pagi, khidmat diri, warming up
8 pagi – Memulakan perjalanan pulang ke Pos Brooke
6 petang – tiba di Pos Brooke
10 malam – Bertolak ke Brinchang menaiki van
11 malam – check in hostel
12 malam – tidur
27/1/2010
4 pagi – Qiamullail, Solat Tahajud, Solat Tasbih
6 pagi – Solat Subuh Jemaah, Mathurat
7 pagi – Sarapan, roti gegar, teh strawberi, ais krim strawberi, pancake strawberi,
10 pagi – Jalan-jalan di Cameron Highlands
5 petang – Bertolak pulang ke IIUM
10 malam – Tiba di IIUM
11 malam – Tidur sampai bukak semester
7. Mengikut tentatif yang dipersetujui, perjalanan yang akan dilalui akan mengambil masa lebih kurang 8 ke 9 jam untuk satu hari. Persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal amatlah diperlukan untuk melancarkan lagi ekspedisi kita kali ini.
8. Untuk peserta lelakil, Botol air 5 liter hendaklah dibawa bagi penggunaan air di Puncak Yong Yap. Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing.
9. Sebarang persoalan yang berbangkit bolehlah diajukan terus kepada Bro Arep atau di chatbox sebelah. Segala kerjasama didahulukan dengan ucapan terima kasih.
10. Moga-moga objektif program kali ini tercapai dan semua memperoleh pengalaman yang tidak akan dilupakan untuk diabadikan dalam kamus hidup masing-masing.
11. Sekian, terima kasih.



