Semester II 2009/2010

Akhirnya, kembali semua ke universiti tercinta untuk meneruskan sessi pembelajaran bagi semester II 2009/2010. Marilah kita sama-sama memperbetulkan niat dan ikrar kita ketika berada di universiti tercinta. Belajarlah kerana Allah untuk memperoleh keberkatan dariNya dan memperbanyakkan ilmu untuk bekalan hidup masa hadapan.

runninggirls-polaroid

Di samping itu, teruslah berekreasi bersama kami ARCiium.com bagi hari-hari mendatang. Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan ahli-ahli yang ramah dan sedia membantu sebelum diminta. InsyaAllah, pengalaman anda di universiti akan lebih bermakna apabila menyertai aktiviti dan program yang kami anjurkan.

Selamat menjalankan tugas pengurusan baru kelab yang diketuai oleh Presiden Amin. Diharapkan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai segala objektif yang diharapkan. Marilah kita memperbaiki kesilapan lepas dan menjadikan ARCiium.com sebagai salah satu kelab yang disegani di IIUM khasnya dan Malaysia amnya.

Akhir kata, selamat kepada semua.

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Leave a Reply