Report of Broga Hill

Alhamdulillah, pada minggu lepas telah diadakan trip ke Bukit Broga pada hari Sabtu dan Ahad. Trip untuk hari Sabtu diketuai oleh Kidin manakala hari ahad diketuai oleh Asoi. Peserta yang mengikuti trip untuk kedua-dua hari sama banyak namun pemandangan dan pengalaman mereka berbeza sama sekali. Berikut ialah gambar mereka yang mengikuti trip berkenaaan. Disebelah kiri adalah untuk trip hari Sabtu manakala kanan untuk trip hari Ahad.

broga1 broga2

Nasib tidak menyebelahi para pendaki pada hari Sabtu. Sunrise yang diidamkan mereka tidak kelihatan pada hari tersebut. Hanya kabus tebal dan air hujan yang menyambut kedatangan mereka di sana. Jarak penglihatan pada hari tersebut juga tidak jauh kerana dibatasi dengan kabus tebal selepas hujan. Namun, udara segar pada pagi hari dapat meredakan kekecewaan mereka.

broga7 broga8 broga9

Lain pula yang berlaku pada mereka yang berekspedisi pada hari Ahad. Matahari yang memancar terik dan ketiadaan kabus menyerlahkan lagi keindahaan panorama Bukit Broga pada hari tersebut. Kelihatan kumpulan awan di langit biru serta lalang-lalang yang hidup segar di kawasan bukit berkenaan mengamit perhatian mereka. Sesi bergambar tidak dilepaskan untuk diabadikan di dalam kamera yang mereka bawa.

broga3 broga4 broga5

Gambar-gambar yang di paparkan dapat menceritakan apa yang berlaku untuk dua hari berkenaan. Hingga bertemu lagi pada ekspedisi akan datang. Selamat berjuang menghadapi peperiksaan akhir semester.

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Leave a Reply