Report of Berkelah Waterfall

Pada hari Sabtu lepas bersamaan 25 Julai 2009 diadakan program balik hari ke Air Terjun Berkelah, Maran Pahang Darul Makmur. Sebanyak 4 kereta bergerak ke sana membawa 17 peserta. Mereka terdiri daripada Abe Latif, Abe, Adi Kurin, Mursyid, Soeb, Azam, Lili, Eva, Faye, Nana, Ganu, Zyha, Myra, Timah, Muhib, Awe, dan Razi. Kami bergerak pada jam 330 pagi dan selamat tiba di Maran sebelum Subuh.

bklh2

Selesai mengerjakan solat Subuh berjamaah, kami ke kedai berdekatan untuk bersarapan pagi dan membeli makanan untuk ke air terjun. Selesai semua, kami menaiki lori yang disediakan menuju ke tempat mula ke Air Terjun Berkelah.

bklh

Cuaca yang sangat menarik memberikan kami peluang untuk menghabiskan masa di dalam air. Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan air terjun, tiruk, menyelam, dan mencari ikan. Kami menghabiskan masa bersama dan hubungan persahabatan antara kami dapat dirapatkan walaupun ada yang kali pertama menyertai program lasak seperti ini. Seronok dapat berkenalan dengan kamu semua.

P7250202P7250174P7250243P7250371

Pada jam 5 petang, kami mula bergerak keluar dan mengemas diri di masjid berdekatan. Kami berhenti makan malam di Maran sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Begitulah catatan ringkas untuk program ke Air Terjun Berkelah kali ini.

Hingga kita bertemu pada aktiviti seterusnya. Assalamualaikum.

Sekian, terima kasih.

Untuk melihat baki gambar, klik di sini. PicasaWeb.

WordPressYahoo MessengerMultiplyGoogle ReaderHotmailYahoo MailNetvibes ShareBlogger PostDeliciousFacebookShare