Report of Mount Rajah Expedition


Bermula daripada sehelai kertas dan sebatang pen, akhirnya ekpedisi Gunung Rajah membuka tirai program ARCIIUM untuk semester I 2009/2010. Program yang mendapat sambutan luar jangka daripada peminat sukan rekreasi IIUM. Seramai 46 orang telah mengikuti program ini terdiri daripada ARCIIUM Gombak, ARCIIUM PJ, dan Latepackers.

Mereka yang menyertai program ini ialah

1. Nazar – Program Manager
2. Aman
3. Epul
4. Kluang
5. Abe
6. Arif
7. Hafiz
8. Soeb
9. Yaye
10. Kalel
11. Dann
12. Amin
13. Bukhari
14. Adi Lori
15. Muiz
16. Wan
17. Awe
18. Izzat
19. Yen
20. Acap
21. Fathi
22. Faruq
23. Hasif
24. Shuib
25. Amir
26. Kidin
27. Abe Setan – Ketua Team Parangge
28. Asoi
29. Radzmi
30. Yati
31. Adibah
32. Kak Abi
33. Rehul
34. May
35. GG
36. Sheekin
37. Ainun
38. Noni
39. Umai
40. Neachan
41. Amy
42. Furqan
43. Ain
44. Nad
45. Oja
46. Maira

Sabtu, 18 Julai 2009

Seperti biasa, tangga besar menjadi tempat berkumpul semua para peserta sebelum berlepas ke Bentong, Pahang Darul Makmur. Mengikut jadual awal, kami sepatutnya bergerak pada jam 11 malam, tetapi atas sebab teknikal bas hanya tiba jam 12 tengah malam. Turut kelihatan mengucapkan selamat jalan kepada para peserta ialah Zack, Joned, Razi, Timah, Tokya, dan Fairuz.

Bas bergerak lebih kurang jam 1 pagi. Kami berhenti rehat di RnR Genting Sempah untuk mengalas perut yang lapar dan menikmati minuman panas di sana. Selesai sahaja, kami terus menuju ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang Darul Makmur, starting point ke Gunung Rajah.

Tiba sahaja di Air Terjun Chamang, macam biasa semua mengambil tempat tidur masing-masing. Ada yang bergelimpangan di atas groundsheet, dalam kereta, atas bangku pondok, dan ramai yang tergantung di atas hammock. Malam yang aman dan tenteram bertemankan bunyi Air Terjun Chamang sehingga ke awal subuh.

DSC_0110

Pada jam 8 pagi, kami menerima 2 peserta yang baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur, Razmy dan Asoi. Semangat mereka harus dipuji walaupun mempunyai jadual yang padat tetap bersemangat untuk mendaki dan mengikuti program ARCIIUM ke Gunung Rajah. Terima kasih diucapkan kepada mereka.

Selesai subuh, sarapan pagi, dan persiapan terakhir, kami bergerak dan memulakan pendakian pada jam 930 pagi. Perjalanan untuk 5 jam pertama diklasifikasikan sebagai mesra rakyat. Jalan balak dan jalan hutan yang mendatar kami lalui sehingga ke Lata Naning, tempat kami berehat untuk makan tengah hari.

Puas bermandi manda kami meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan yang ditetapkan. Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam sahaja. Secara keseluruhan, pendakian untuk hari pertama boleh dikatakan mudah dan sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti mendaki gunung di Malaysia.

Malang tidak berbau, seorang peserta iaitu Acap telah terjatuh ketika hendak menunaikan hajat kecilnya di tapak perkhemahan. Mengikut berita yang diterima, dia telah tergelincir dan jatuh menyembah bumi pada waktu tersebut. Gigi depannya kelihatan retak dan terdapat luka kecil pada dahi dan bibirnya. Alhamdulillah, Nad pantas menyelamatkan keadaan dan rawatan kecil terus menuju kepada mangsa.

DSC_0267

Peserta perempuan macam biasa menyiapkan santapan untuk makan malam. Mujurlah Noni ada pada ekspedisi kali ini. Masakan dari Noni memang tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana tukang masak tiap kali ekspedisi. Teringat ketika Ekspedisi Gunung Tahan tahun lalu yang sangat mewah dan indah dengan masakan air tangan Noni.

Sessi taaruf diadakan selepas semua selesai menjamu selera. Memandangkan bilangan peserta yang besar, masa yang diambil untuk aktiviti taaruf kali ini lebih panjang. Semua kelihatan gembira dan riang dengan program pada malam tersebut. Nama, hobi, status, makanan kegemaran, dan ciri-ciri pasangan idaman antara soalan yang popular pada malam tersebut.

Semua menuju tempat tidur masing – masing selepas berakhirnya aktiviti taaruf. Tidur

Ahad, 20 Julai 2009

7 pagi, Asoi dan Razmy memulakan perjalanan beregu ke puncak Gunung Rajah. Manakala, peserta lain memulakan pendakian pada jam 9 pagi. Pendakian ke puncak dari sini mengambil masa 2 jam. Trek dilalui mesra rakyat untuk satu jam pertama. Untuk 30 minit terakhir, trek bertukar menjadi berselut dan berakar.

Baju yang bersih dan kering bertukar menjadi kotor dan berselut. Akhirnya, semua selamat tiba di puncak bersama-sama. Puncak Gunung Rajah mempunyai kawasan pandang 360 darjah dan dikelilingi oleh banjaran yang menawan. Kami mengambil peluang untuk bergambar dan mengabadinya di dalam laman facebook masing-masing.

rjh rjh2

Selesai bergambar, kami menerukan perjalanan ke tapak perkhemahan dan berkemas untuk terus ke starting point. Alhamdulillah, pada jam 7 malam semua selamat tiba tanpa sebarang masalah besar berlaku.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk merasa sendiri kehebatan Air Terjun Chamang yang digembar-gemburkan. Terasa nikmat dan kesejukannya selepas seharian berjalan dan mendaki gunung. Ada yang menyelam, mencari ikan, melawan arus air, tiruk, terjun bebas, dan lain-lain.

Bas tiba pada jam 1030 malam, kami singgah di Medan Selera Bentong untuk makan malam di sana. Jam 1 pagi kami selamat tiba di kampus kesayangan kami, International Islamic University of Malaysia.

Sekalung tahniah kepada semua yang berjaya menawan Gunung Rajah dan menjadikan program ini bermakna kepada semua. Kami memohon maaf jikalau terdapat sebarang kesalahan dan terlanjur kata ketika berekspedisi. Kesilapan teknikal yang berlaku pada ekspedisi kali ini akan cuba diperbaiki untuk program akan datang.

Tanpa bantuan dan sokongan dari anda semua, mana mungkin ARCIIUM akan kekal dan terus menjayakan program untuk penggemar aktiviti sukan lasak di IIUM. Sehingga bertemu pada aktiviti seterusnya. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Comments (2)

 

  1. Wohohoh…Ramai nye umat!!
    si Noni kedai makan tu pun ade same ek…Mmg mewah la santapan harian kalian semua :lol:

    Cantek seh gmbar2 kat Rajah!!

  2. malaysiakini says:

    tau pun. jom la derg. ikot lagi program. takkan tobat dah. ke dah nak jadi duathlete full time dah lepas nie. hahaha.

Leave a Reply