Report of ARC Meeting
Pada 14 Julai 2009 pada jam 930 malam diadakan mesyuarat pertama ARCIIUM untuk semester I 2009/2010. Mesyuarat diadakan untuk merancang dan meyusun kembali program-program ARCIIUM untuk semester ini. Mesyuarat dihadiri lebih dari 30 ahli. Turut kelihatan pada malam tersebut ialah Bro Razmy wakil tunggal dari Latepackers.
Mesyuarat pada malam tersebut dimulakan dengan hasil gerak kerja Ekpedisi Gunung Rajah pada 17-19 Julai ini. Alhamdulillah, semua persiapan berjalan lancar dan hanya menunggu masa untuk berlepas ke sana sahaja. Peserta untuk ekspedisi ini dijangka dalam lingkungan 55 orang dan terdapat beberapa nama di dalam senarai menunggu.
Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh Yahya untuk merancang dan menjadual kembali aktiviti ARCIIUM untuk bulan-bulan mendatang. Antara program yang dirancang untuk diadakan ialah:
1. ARCIIUM Latepackers Bowling Tournament, 26 Julai 2009
2. Mount Bunga Buah, 1 – 2 Ogos 2009
3. Mount Belumut, 8 – 9 Ogos 2009
4. Grand Iftar ARCIIUM Latepackers
5. Jamuan Hari Raya ARCIIUM Latepackers
Mesyuarat seterusnya akan diberitahu kepada umum kelak. Program di atas hanyalah cadangan awal. Sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Rajin-rajinlah melawat laman web kami untuk menyertai aktiviti ARCIIUM.
Sekian, terima kasih.



