Report of Fishing @ Lata Hammer

Buat kali kedua untuk tahun ini, program ARCIIUM disertai oleh peserta lelaki sahaja. Mereka seramai 11 orang iaitu Yahya, Abe, Mursyid, Mangat, Din Ganu, Khay, Awe, Farhan, Hakim, dan Dom. Macam biasa, peserta berkumpul di tangga besar pada pukul 10 pagi dan singgah dahulu ke RnR Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan ke Perting Valley, starting point untuk ke Lata Hammer.

Kami meneruskan perjalanan ke Lata Hammer, mujurlah tiada kumpulan lain yang berkhemah di sana. Hanya kumpulan kami sahaja yang ada sepanjang dua hari tersebut. Macam biasa aktiviti mandi manda, tiruk nyamuk, dan memancing dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Mangat mengetuai aktiviti memancing diekori oleh Yahya, Awe, dan Kai. Mereka pergi mencari lubuk dan menjala ikan di kawasan ditetapkan. Hasil tangkapan sangat memberangsangkan. Tiga ekor ikan berjaya di tewaskan dan anggaran berat tidak melebihi 100 gram.

Pukat di pasang pada waktu senja. Dalam masa yang sama, persiapan barbeque di atur untuk makan malam. Kerjasama dari semua adalah terbaik dan tiada masalah besar timbul. Mungkin kerana peserta semua lelaki, jadi senang untuk diurus dan masalah yang ada diselesaikan dengan mudah.

Selepas makan malam, aktiviti dipenuhi dengan permainan kad dan borak-borak kosong.

27 Jun 2009, aktiviti seperti biasa dilakukan. Tepat jam 2 petang semua bergegas pulang dan selamat tiba ke starting point. Selepas membersihkan diri, kami menuju ke RnR Genting Sempah untuk makan tengah hari dan berkumpul kembali di bawah tangga besar untuk majlis penutup.

Sehingga bertemu pada aktiviti seterusnya.

Selamat.

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Leave a Reply