Report of Trans Lajen Lubuk Kawah Sungai Sendat

Seramai 13 orang telah mengikuti Program Trans Lajen Lubuk Kawah Sungai Sendat kali ini. Mereka terdiri daripada Abe, Soeb, Azam, Suzi, Kidin, Fairuz, Umai, Nazihah, Din Ganu, Salman, Apis, Yen, dan Ijat. Tempat berkumpul macam biasa di tangga besar dan beberapa ahli ARCIIUM kelihatan untuk mengucapkan selamat jalan. Antara mereka Mr Presiden sendiri, Yaye, Kalel, Zack, Iza, dan beberapa yang lain.
Starting point ke Lubuk Kawah adalah Teratak River View Tanjung Malim, Perak. Perjalanan ke Lubuk Kawah dari sini hanya mengambil masa kurang dari 2 jam. Sebagai langkah berjaga-jaga, khidmat jurupandu boleh diperoleh disini untuk menggelakkan daripada tersimpang jauh dari sasaran tempat dituju. Bagi yang mempunyai kewangan kukuh, mereka boleh menyewa khidmat 4X4 yang disediakan oleh pihak resort.
Setiba kami di resort, kami menunggu guide yang dijanjikan untuk membawa kami ke Lubuk Kawah. Selepas sejam menunggu, kami membuat keputusan untuk ke lubuk tanpa jurupandu. Berbekalkan nota ringkas yang dilukis kurang dari 5 minit kami terus bergerak ke sana. Nota diperoleh daripada penggemar aktiviti rekreasi yang berkhemah di kawasan resort tersebut. Kami tidak menyangka sama sekali peta yang dilukis membawa malapetaka kepada kami.
Perjalanan dimulakan pada jam 9 pagi. Berbekalkan peta yang diberikan Abe mengetuai pergerakan ke Lubuk Kawah. Trek dilalui penuh dengan kesan galian babi hutan mencari cacing. Cakaran tersebut dapat dilihat sepanjang denai yang dilalui sehingga ke simpang jalan balak.
Di simpang balak, kami mengambil lencongan ke kanan yang akan membawa ke air terjun. Selepas dua minit berjalan, keadaan trek kelihatan seolah-olah tidak pernah dilalui. Namun, kami tetap yakin jalan yang dilalui betul dan tepat ke destinasi dituju.
Selepas 15 minit sebaliknya berlaku. Trek tersebut mati di tengah dan tidak kelihatan trek seterusnya. Kelihatan disitu satu jambatan besar yang telah runtuh dibiarkan tanpa dibaiki. Kami berbincang dan mengambil keputusan untuk berpatah balik mengunakan simpang kiri pula.
Perjalanan diteruskan. Keyakinan terpancar apabila kami berjumpa dengan trek balak kedua yang akan membawa kami ke Lubuk Kawah. Akhirnya, langkah kami terhenti apabila trek pada peta dan trek sebenar di hutan sama sekali berbeza. Kami berbincang dan memutuskan untuk berehat di sungai tersebut sebelum meneruskan perjalanan.
Puas berfikir, kami berpecah dan menghantar kumpulan kecil untuk mencari Lubuk Kawah. Kumpulan pertama terdiri daripada Kidin, Fairuz, dan Yen. Berbekal peta yang diberikan mereka mencari jalan ke tempat dituju. Selepas 30 minit, mereka pulang dengan muka hampa dan kelat.
Pasukan kedua dihantar terdiri daripada Abe, Soeb, dan Yen sekali lagi. Mereka mengunakan jalan yang sama namun mara ke hadapan sedikit. Jalan dilalui penuh dengan tapak binatang dan kesan cakaran babi hutan mencari cacing lagi. Terdapat juga bau hamis seolah-olah binatang tersebut berada berdekatan dengan kami. Lutut menjadi goyang namun untuk menyelesaikan misi kami terus mara ke hadapan sehingga terjumpa satu kawasan tapak perkhemahan yang dibiarkan.
Kami terus meyelongkar kawasan tersebut namun terus hampa kerana tidak terdapat lubuk yang dicari-cari. Kawasan tersebut kelihatan seolah bekas tapak pembalakan yang dibiarkan lama. Keadaan boleh dikatakan menyeramkan namun tiada apa-apa yang berlaku. Kami pulang kembali ke simpang kawasan rehat.
5 minit berehat, pasukan ketiga dihantar lagi untuk mencari lubuk. Kali ini terdiri daripada Azam, Ganu, Yen, dan Soeb. Mereka berpatah balik ke simpang jalan balak kedua dan mencari lubuk di kawasan sana. Sama saja keputusannya, tiada apa yang dijumpa hanya letih dan peluh sahaja.
Kami membuat keputusan untuk makan tengah hari di situ. Daging masak black pepper, sayur campur, telur dadar, nasi puteh, dan teh-o menu makan tengah hari kami. Dalam masa yang sama, pasukan keempat digerakkan untuk keluar ke starting point dan mencari trekker bertauliah ke lubuk. Yen, Salman, dan Apis bergerak ke sana.
Separuh berjalan, mereka berjumpa dengan abang yang melukis trek kami tadi. Alhamdulillah, nampak sinar lubuk kawah dari mata beliau. Tanpa berfikir panjang. Pasukan kelima dihantar ke lubuk. Terima kasih kepada Salman dan Hafiz yang sanggup berlari untuk memastikan mereka tidak terlepas pandang trek ke lubuk kawah.
Selesai makan tengah hari, kami bergerak ke lubuk diketuai oleh Salman. Selepas setengah jam kami tiba di Lubuk Kawah, tempat yang diidamkan sejak 2 ke 3 tahun lepas.
Keindahan Lubuk Kawah sangat memukau dan menghilangkan penat lelah kami seharian. Kami mengambil peluang untuk mandi manda, terjun bebas, dan membersihkan badan selepas 8 jam trekking ke sini.
Pukat terus dipasang dan mengharapkan ikan besar diperoleh sebagai rezeki kami untuk malam tersebut. Pukat dibiarkan semalaman dan beberapa orang menyiapkan menu makan malam.
Selepas makan, macam biasa untuk tiap-tiap program diadakan program taaruf. Namun untuk trip kali ini, hanya 6 orang peserta sahaja yang memberikan kerjasama untuk program taaruf. Mereka ialah Abe, Soeb, Yen, Zyha, Ganu, dan Fairuz. Manakala yang lain diulik mimpi basah indah selepas satu hari beraktiviti.
Ahad, 21 Jun 2009
Pukat yang dipasang semalam membuahkan hasil. 4 ekor ikan tengas dan seekor spesis ikan keli berjaya diperoleh. Ikan-ikan tersebut terus diberikan kepada Umai untuk disiang dan dimasak.
Selepas sessi bergambar selesai, kami bergerak dari tapak perkhemahan pada jam 330 petang. Perjalanan keluar hanya mengambil masa selama 1 jam 15 minit sahaja. Selesai menyiapkan diri kami meneruskan perjalanan ke aktiviti seterusnya.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kedai pau Tanjung Malim untuk mengalas perut kami yang lapar. Duit baki trip digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan kami bersama. Kemudian, kami bergerak ke Sungai Sendat untuk merasai kehebatan sungai tersebut pula.
Walaupun kami tiba di sana jam 6.30 petang, kesemua peserta masih aktif dan bersemangat untuk bermain air di sana. Sesudah bersuka ria, kami bergerak ke simpang untuk acara makan malam dan program berakhir di Tangga Besar, IIUM.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberikan kerjasama tidak terhingga untuk menjayakan trip Lajen Lubuk Kawah Sungai Sendat ini. Sekalung tahniah kepada semua yang berjaya merungkai keistimewaan dan magic Lubuk Kawah yang diidamkan oleh semua ahli ARCIIUM.
Kepada semua peserta terutamanya adik-adik baru dari Pusat Matrikulasi teruskan usaha dan kekal bersama keluarga besar ARCIIUM. Keistimewaan bersama ARCIIUM lebih terasa bila melangkah masuk ke kampus Gombak. Nasihat dari kami, fokus pada belajar di sana dan nikmati keseronokan ARCIIUM di kampus Gombak nanti. Haha.
Hingga ketemu lagi pada program akan datang.
Assalamulaikum.
Comments (2)




bro.. mana gambar bro.. adoii…
jalan citer sumer dah best.. gambar gambar..
aku excited tul nak tahu mcm mana rupa lubuk kawah ni…
gambar ade. ko bukak arc picasa web. cari name lubuk kawah. aku letak kat situ. nak pegi boleh je. ko bitau kat chatbox. nnt kite arrange. hehe. ok?