Minit Mesyuarat Mount Rajah II
Seperti yang diketahui semua, pada malam 18 June 2009 telah diadakan mesyuarat kedua Mount Rajah Expedition. Berikut Merupakan agenda yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut:
1. Program telah diluluskan oleh Pihak Sukan dan Rekreasi IIUM
2. Sebuah bas dan wang saku diperuntukkan untuk program kali ini dari pihak universiti.
3. Deposit RM20 perlu diberikan kepada Nazar untuk mengesahkan kehadiran.
4. Jumlah peserta dihadkan kepada 35 orang sahaja.
Memandangkan sambutan luar biasa untuk program kali ini, mesyuarat bersetuju bahawa program ini terbuka hanya kepada ahli ARCIIUM Gombak, Latepackers, dan kroni terdekat sahaja. Keutamaan diberikan kepada peserta dari Pusat Matrikulasi IIUM yang baru memulakan pembelajaran di IIUM Gombak. Hal ini bertujuan untuk mencari potensi dan bakat baru disamping menyegarkan Club dengan idea-idea baru dari mereka.
Kami memohon maaf kepada semua di atas kesulitan yang berlaku. InsyaAllah, untuk tempoh jangka masa panjang kami akan memperbaiki kelemahan ini.
InsyaAllah, kami akan merancang program lain sebagai ganti kepada peserta yang tidak dapat mengikuti ekspedisi ini.
Sebarang idea dan penambah baikkan pada cadangan asal boleh diusulkan pada mesyuarat akan datang.
Mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan oleh Bro Nazar.
Terima Kasih



