Report of Mount Angsi

Sekali lagi ARCIIUM menjadi peserta untuk program Gunung Angsi yang dianjurkan oleh Eiger Malaysia. Macam biasa, Tokya menjadi Program Manager kali ini dan seribu tahniah diucapkan walaupun terdapat sedikit kekurangan.

Pada hari pertama, tiada aktiviti menarik yang dirancangkan oleh Program Manager. Sekadar berehat dan menikmati suasana Air Terjun Hutan Lipur Ulu Bendul. Ramai pengunjung luar terdapat di sana dan menggangu aktiviti kami.

Pada sebelah petang, Yahya menjadi ketua dan bergerak mencari tempat sesuai untuk memukat ikan. Tiada rezeki kali ini mungkin lain kali Mr P kita boleh menikmati ikan yang diidamkan.

Ahad, 7 Jun 2009

Perjalanan ke puncak dimulakan tepat jam 945 pagi. Trek boleh dikategorikan sebagai menarik serta menguji ketahanan fizikal dan mental para pendaki. Perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Dari puncak dapat dilihat bandar Senawang dan banjaran-banjaran di sekitar gunung Angsi. Luas puncak Gunung Angsi seolah padang golf dan boleh memuatkan 80 orang pada satu-satu masa.

Namun, pendaki dinasihatkan untuk tidak bermalam di sana oleh Pegawai Hutan Gunung tersebut. Mungkin terdapat cerita disebaliknya yang kurang enak untuk didengar. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Sebelum turun ke bawah, peserta mengambil gambar kenang-kenangan untuk diabadikan dalam kamera masing-masing.

Jam 6 petang, para peserta mula bergerak pulang ke Kuala Lumpur dan terus bergerak ke destinasi masing-masing. Hingga bertemu pada program akan datang. InsyaAllah..

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Leave a Reply