Report of Lata Hammer

Seramai 18 peserta telah mengikuti program perkhemahan di Lata Hammer, Bentong Pahang Darul Makmur. Mereka ialah Kalel, Yaya, Abe, Soeb, Nazar, Tokya, Paan, Zaidi, Alif, Acap, Hanis, Kluang, Umaira, Maira, Liza, Ima, Sheekin, dan Nad.

Sebelum ke starting point, kami berhenti di RnR Genting Sempah untuk membeli makanan tengah hari. Kami tiba di tempat mula pada jam 1 petang dan terus menuju ke air terjun.

Pada hari pertama, air terjun sangat keruh dan keadaan air kurang menarik untuk aktiviti mandi manda. Air terjun seolah-olah berombak dan pusaran air begitu kuat. Mungkin hujan lebat malam tadi ataupun aktiviti pembalakan yang terdapat sekitar kawasan air terjun.

Dalam masa yang sama, Mr P kita tidak membuang masa untuk memasang pukatnya di kawasan berdekatan. Beliau dibantu oleh Tokya, Kluang dan Nazar ketika memasang pukat. Kehebatan Yahya memang tidak dapat dinafikan namun untuk hari pertama tiada hasil yang diperoleh.

Pada sebelah malamnya, program diteruskan dengan membakar ayam dan aktiviti masak memasak. Terima kasih banyak kepada Sis Umaira yang menjadi ketua Chef di dapur dan berjaya menyediakan makanan yang sedap dan enak. Ayam yang disediakan oleh Suhaib ditambah ramuan oleh beliau dan warna bakaran ayam menaikkan selera makan kami. Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Umai.

Selepas pukul 9, macam biasa diadakan aktiviti suai kenal antara peserta. Aktiviti bebas kemudian.

Ahad, 31 May 2009

5 peserta terpaksa pulang awal kerana mempunyai hal masing-masing pada hari ini. Hanya tinggal 13 peserta yang masih berkhemah dan terus dengan aktiviti yang dirancang.

Akhirnya, pukat yang dipasang oleh Mr P kita mendapat hasil dan 3 ekor ikan sungai telah berjaya dipukat. Jenis ikan yang diperoleh tidak dapat dipastikan. Mungkin mereka mengambil jalan selamat untuk tidak menunjuk pandai kalau-kalau menjadi bahan ketawa kawan-kawan.

Ikan tersebut terus dibakar dan di jamah oleh 13 baki peserta yang tinggal. Rasa manis dapat dirasakan dari isi ikan tersebut dan masih terngiang-ngiang di kepala hingga ke hari ini. Kehebatan Mr P kita tidak dapat dinafikan dan moga-moga beliau akan terus bersemangat untuk memukat ikan pada aktiviti akan datang.

Selesai berenang-renang pada awal pagi tersebut, kami terus berkemas dan menuju pulang ke IIUM Gombak. Kami berhenti di RnR Genting Sempah untuk makan tengah hari dan pulang ke destinasi masing-masing.

Sehingga ketemu pada program akan datang dan segala kekurangan datang dari manusia itu sendiri serta seribu kemaafan dipohon daripada semua.

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Leave a Reply