Report of Jerangkang Waterfall

Program dianjurkan oleh Real Adventure Gear, seramai 42 orang peserta menyertai program kali ini terdiri daripada 7 orang peserta dari ARCIIUM, 25 orang dari Monash University dan bakinya peserta persendirian.

Peserta berkumpul di Stesyen Minyak Petronas Lebuhraya Karak dan mula bergerak menuju ke Maran jam 1 pagi. Kami sepakat untuk berhenti di RnR Temerloh sebelum meneruskan kembali perjalanan ke Masjid Paya Bungor, Maran.

Sabtu, 23/5/2009

Selepas menjamu sarapan pagi di kedai makan berdekatan, peserta mula bergerak ke air terjun menaiki 2 kenderaan pancuan 4 roda yang disediakan oleh penganjur. Perjalanan ke air terjun memakan masa selama 45 minit dan semua selamat tiba ke tapak perkhemahan dengan selamat.

Pada masa yang sama, En Saiful terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur kerana kesihatan anaknya yang tidak mengizinkan mungkin kerana terkena tempias hujan pada malam sebelumnya. Namun, program tetap diteruskan dengan aturcara yang dirancangkan.

Bermula daripada tengah hari hingga ke lewat petang semua peserta mandi manda dan bersuka ria di kawasan air terjun. Sebelum pulang ke tapak perkhemahan di adakan aktiviti abseiling kepada para peserta. Terima Kasih kepada Bonnie and the Gang yang berjaya menguruskan aktiviti abseiling dengan baik tanpa sebarang masalah menimpa.

Pada sebelah malamnya diadakan aktiviti suai kenal diantara para peserta. Peserta di bahagikan kepada 2 kumpulan kecil dan aktiviti soal menyoal dimulakan untuk mengenali kawan-kawan baru dengan lebih rapat. Suasana ceria dan gembira menghiasi aktiviti taaruf untuk kedua-dua kumpulan.

Peserta mula bergerak ke khemah masing-masing dan merehatkan badan selepas penat seharian bermain dengan air.

Ahad, 24/5/2009

Aktiviti pada hari ini sama seperti semalam.

Sebelum pulang, semua peserta dan penganjur bergambar kenang-kenangan sebagai tatapan di waktu lapang. Suhaib dan Olim gembira kerana dapat bergambar bersama kawan baru mereka dari Monash University.

Selesai semua, Kuala lumpur menjadi destinasi masing-masing. Jam 8 malam kami selamat tiba di Tol Gombak dan terus menuju rumah Laboo untuk mengemas segala barang-barang yang telah digunakan.

Sehingga bertemu pada aktiviti seterusnya dan dikekalkan ukhuwwah yang baru dibina hingga ke hujungya. Ameen.

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Leave a Reply