Selamat Hari Guru
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Walaupun kita sudah berada di menara gading sekarang, namun ilmu pengetahuan dan penat lelah guru kita perlulah diingati sebagai bekalan ke hari-hari seterusnya. Di sini, disertakan nukilan sasterawan negara kita Usman Awang.
Selamat Hari Guru kepada Semua Guru di Malaysia..
Guru Oh Guru
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.



