Report of Mount Liang East West
Dengan perbualan kosong bersama rakan-rakan di kedai makan, akhirnya ekspedisi Gunung Liang Timur Barat menjadi kenyataan pada minggu lepas. Program ini diadakan pada 8 May hingga 10 May 2009. Bayaran dikenakan sebanyak RM 60 meliputi kos pengangkutan, makanan, tempat tinggal, pemandu arah, dan kelengkapan. Seramai 31 orang peserta mengikuti ekspedisi kali ini dan merangkumi daripada beberapa institut pengajian tinggi di Malaysia. Antaranya IIUM Gombak, IIUM Kuantan, IIUM PJ, MIAT, dan MONASH University.
31 Peserta yang mengikuti Ekspedisi kali ini ialah: Yaya, Abe, Amin, Asker, Feng, Fajar, Arif, Amir, Fairuz, Nadia, Umai, Syifa’, Kak Haryani, Hassan, Muaz, Mursyid, Fathi, Hanis, Olim, Kalel, Milan, Ilham, Mangat, Muhaimin, Nia, Alif, Rizal, Rahman, Alain, dan Uzair.
Selepas solat Jumaat di tangga besar peserta yang tinggal berdekatan dengan IIUM mula berkumpul. Turut kelihatan memberikan sokongan kepada para peserta ialah Encik Rahim dan isteri, Kak Ziah, dan GG. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terus menyokong walaupun tidak dapat menyertai ekspedisi kali ini.
Selepas semua kelengkapan dan makanan dibahgikan sama rata antara peserta, pemberian cenderahati ekspedisi iaitu sehelai tshirt diberikan kepada semua. Tahniah diucapkan kepada Amin yang berjaya mencipta rekaan baju untuk ekspedisi kali ini. Ramai yang memberikan pujian kepada rekaan baju kali ini selain warna biru muda yang digemari hampir semua para peserta.
Selesai semua, peserta bergerak menuju ke Kl Sentral untuk berkumpul dan bertemu dengan peserta lain. Antara yang menanti kami di sana ialah Fairuz, Muaz, Mangat, Hassan dan kawan-kawan dari IIUM Kuantan, serta tidak dilupakan kawan-kawan daripada Monash University. Tidak dilupakan Abang Razmy yang tiba dan menghantar kami di Stesen Kl Sentral. Semangat dan kata-kata motivasi beliau menjadi jantung kepada ekspedisi kali ini. Tren kami bergerak menuju ke Stesen Tanjung Malim pada pukul 9 malam lewat sejam daripada rancangan asal kerana masalah teknikal daripada pihak pengurusan Kereta api Tanah Melayu Berhad.
Jam 11 malam, kami tiba di Stesen Tanjung Malim dan disambut oleh trekker yang akan membawa kami dalam ekspedisi kali ini. Sebelum bergerak ke starting point, kesemua 31 peserta singgah di kedai makan dan menjamu selera sebelum berhempas pulas untuk 2 hari mendatang.
Lebih kurang pukul 3 pagi kesemua peserta selamat tiba di starting point. Kawasan perkhemahan segera didirikan serta aktiviti memasak untuk makan tengah hari disediakan. Sekalung tahniah kepada Fairuz yang tidak jemu untuk terus memasak dan menjadi ketua di dapur. Teguran ikhlas kepada peserta perempuan supaya lebih bersedia untuk ekspedisi akan datang dalam menguruskan hal pentadbiran dapur. Haha..
Sabtu, 9 Mei 2009.
Kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 9 pagi. Trek untuk 2 jam pertama boleh dikategorikan sebagai mudah dan semua peserta tiba di checkpoint pertama dalam masa yang ditetapkan. Kami berhenti untuk makan tengah hari dan mandi manda di kawasan air terjun tersebut. Ramai yang mengambil peluang untuk mandi manda dan terjun tiruk di check point ini. Banyak gaya tiruk yang digayakan tetapi tepukan gemuruh untuk Mangat, Kalel, dan Fairuz yang berjaya memberikan gaya tirukan tersendiri. Haha..
Perjalanan diteruskan dengan anggaran masa 4 jam ke tapak perkhemahan. Perjalanan mula mendaki dan kekuatan kaki diperlukan selain mental yang tidak kenal erti letih. Di bahagian belakang, kami mengiringi Umai yang buat pertama kali menaiki gunung. Semangat yang beliau tunjukkan begitu tinggi walaupun kelihatan letih dan tidak terdaya. Akhirnya tepat jam 4 petang kesemua peserta tiba di campsite pertama. Tiada kecederaan dan masalah besar timbul setakat ini.
Menu makan malam kami pada hari ini ialah Nasi Putih, Ayam masak merah, telur dadar, Sayur Campur, ikan masing, dan teh O. Macam biasa, selepas makan malam diadakan sesi taaruf di antara para peserta. Memandangkan bilangan peserta kali ini besar, sessi kali ini menjadi lebih lama dan dipenuhi dengan soalan-soalan panas daripada semua.
Selesai acara, semua peserta bergerak ke tempat tidur masing-masing dan perjalanan dijadualkan bermula seawal 4 pagi esok.
Ahad, 10 Mei 2009.
Teriakan dan kemerduan suara Nadia Sukarno di mulakan hari ini. Semangat betul beliau mengejut semua peserta dari buaian mimpi. Namun, ada segelintir yang tidak memberikan kerjasama dan terus tidur seperti tiada apa yang berlaku. Siapa mereka? Hahaha.. boleh agak dah..
Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 2 jam. Perjalanan ke puncak dikategorikan sebagai sederhana dan boleh dilalui oleh semua. Sinaran bulan purnama mengikut kami menuju ke puncak. Indah sungguh bulan purnama ciptaan tuhan namun ada lagi insan yang tidak sedar dengan keindahan dan kehebatan cahaya bulan purnama tersebut.
Pemandangan di puncak sangat menarik terutamanya di puncak timur. Di sini kita dapat melihat keindahan bandar Tanjung Malim, Behrang, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Proton City dan kawasan sekitarnya. Banjaran-banjaran dan awan yang indah dapat dilihat dan disemat dalam hati sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan.
Selesai sessi bergambar, perjalanan diteruskan menuju ke campsite dan starting point. Tiada sebarang cerita menarik yang dapat dicoretkan di sini. Jam 5 petang, semua peserta selamat sampai dan menyiapkan diri sebelum menuju ke Stesen Bas Tanjung Malim menuju ke Kuala Lumpur.
Ekspedisi kali ini berakhir di Stesen Bas Puduraya. Mr P kita memberikan ucapan penutup dan mengharapkan supaya terus mengikuti program-program ARC pada masa akan datang. Ekspedisi ini ditutup secara rasmi dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
Seribu kemaafan dipohon jika terdapat sebarang tindakan yang kurang senang dan kekasaran yang berlaku sepanjang program. Yang baik datang dari Allah dan buruk datang daripada kita sendiri. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang memberikan kerjasama dan pertolongan secara langsung atau tidak. Hanya tuhan yang mampu membalas jasa kamu semua.
Hingga bertemu pada program akan datang dan marilah kita mengekalkan hubungan kekeluargaan yang kita bina ini hingga ke akhir hayat. Teruslah menyokong ARC dibawah Kepimpinan Yahya.. Hahahaha…



