Report of MPKj Latepakers Earth Day
ARCIIUM ditugaskan untuk menjadi runner bagi membolehkan perkampungan sementara dibina di kawasan kem Lolo. Dalam masa yang sama, ARCIIUM ditugaskan untuk menjaga 4 checkpoints yang ditetapkan oleh pihak penganjur untuk memastikan pergerakan para peserta bergerak lancar. Seramai 24 ahli telah bergerak ke Kem Lolo pada pagi 24 April 2009.
Line up team runner tersebut ialah Abe, Yaya, Ameen, Feng, Fajar, Asker, Pipah, Oja, Moja, Gg, Umai, Ima, Anis, Zahrah, Neachan, Amir, Arif, Mursyid, Kluang, Aizad, Adi, Nazar, Olim, dan Zai. Kesemua anggota pasukan bergerak dari IIUM tepat jam 12 tengah hari dan tiba di Pangsun, Hulu Langat pada jam 4 petang.
Jam 830 malam, semua peserta tiba ke kem Lolo tanpa sebarang masalah besar. Menu pada malam tersebut nasi puteh, teh strawberri, ayam masak kicap, dan sup sayur. Terima kasih diucapkan kepada tukang masak di dapur yang dapat menyediakan masakan enak sekali. Next trip boleh la masak lagi.
Sabtu, tepat jam 930 pagi kesemua petugas checkpoint bergerak ke checkpoint masing-masing. Para peserta Earth Day dijangka mula bergerak tepat jam 10 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan perlepasan dilakukan serta merta.
Di sebelah petang selepas makan tengah hari, participants, crews, dan secretariat bergerak ke Kem Lolo untuk membawa turun seberapa banyak sampah yang boleh. Pergerakan diketuai oleh bro Yaya dibawah arahan Operation Manager, Tokya. Tahniah diucapkan kepada Ameen kerana berjaya menjumpai lubuk sampah di Kem Lolo.
Lebih daripada 30 plastik sampah berjaya di bawa turun dari kem Lolo. Dianggarkan berat kesemua sampah yang dibawa melebihi 100 kg. Atas kerjasama yang ditunjukkan daripada semua pihak, plastik-plastik berkenaan berjaya di bawa turun tanpa sebarang masalah. Kursus menyelamat minggu lepas banyak membantu untuk menurunkan sampah pada permukaan bumi yang tidak sekata.
Menu makan malam sangat menarik nasi puteh, sup ayam, sayur campur, sambal belacan, dan teh o panas. Majlis suai kenal diadakan sejurus semua selesai makan malam. Hubungan antara peserta dari Monash University, ARCIIUM, Latepackers, Sponsors, dan peserta persorangan dapat dieratkan melalui aktiviti ini.
Tepat jam 11 pagi, para peserta bergerak ke starting point untuk acara penutup. Penyerahan beg cederamata kepada peserta di serahkan oleh saudara Razmy. Semua kelihatan ceria dan puas dengan penat lelah membersihkan hutan kita. Sebelum pulang, aktiviti bergambar menjadi kenangan antara peserta semua.
Terima kasih diucapkan kepada Kak Bieeyah, Kichok, Razmy, Tokya, Laboo, Jay, Kak Mie, Cyber, dan semua ahli Latepackers yang menerima kedatangan kami dengan hati terbuka. Moga-moga dapat ketemu lagi pada program seterusnya. Ukhuwwah yang telah kita bina dapat dikekalkan dan terus kekal hingga ke akhir hayat.
Ameen.
Comments (2)




salam.. menarik seh cte pasal earth day nihs. tahniah kpd suma yg terlibat.. bagus usaha korang ni! berjuta-juta orang tabur sampah menjahanamkan bumi kte yg trechenta ni. sib baikla ada org yg prihatin yg tak seberapa kerat ni (baca: bebudak arciium) ada idea nak selamatkan bumi yg dah nazak nihs. too bad i missed the event
i wish i were there.. erm..
byk ckp tak guna.. ni nak tanya.. latepackers tu apa? apa bezanya latepackers ngan arciium? yg aku paham latepackers tu adalah ex-arc members yg dah grad (dan dah tua—> bak kata boni.) btol ke? ke salah? klo ex-uia nak join pogrem arc bleh ke?
latepackers nie alumni untuk ahli2 arciium.. yang senior2.. dah berumur la kire.. hahaha
arciium.. adventure club iium.. masih belajar.. dan segar bugar belaka.. hahaha
boleh je.. bukan orang laen.. aktiviti kami terbuka pada semua.. sudi tak sudi je nak join.. selalu lah masuk website.. agak2 ade je aktiviti yang berminat.. bagitau person in charge..
further information akan diberitahu.. terima kasih.. haha
selamat mencuba..