Report of Recreation and Rescue Level I, II

Program diadakan di Dusun Eco Resort, Pahang Darul Makmur dari 20 hingga 23 April 2009. Seramai 20 ahli ARCIIUM mengikuti kursus ini yang ditaja sepenuhnya oleh Sports and Recreation Unit IIUM di bawah kelolaan Bro Hazezy tersayang.

Para peserta yang mengikuti program kali ini ialah Zack, Bonnie, Yaya, Abe, Ameen, Asker, Feng, Fajar, DinGAnu, Aizad, Dann, Kluang, Olim, Moja, Oja, Gg, Zahrah, Ima, Anis, dan Zai. Jawatan penghulu diamanahkan kepada Zack manakala penghuluwati kepada sis Moja. Kedua-dua mereka menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh semangat dan dedikasi.

Antara pengisian yang terdapat dalam kursus kali ini ialah ikatan dan simpulan, menyelamat kecemasan, ikatan usungan, serta ascending dan descending. Kursus menyelamat ini dijalankan oleh ahli-ahli dari Jabatan Pertahan Awam Malaysia Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Diadakan juga ujian simulasi untuk menguji pemahaman para peserta mengenai teknik-teknik ketika berlakunya kecemasan. Mangsa diikat di atas stretcher dan dibawa menaiki dan menuruni bukit, melalui tembok tinggi, dibawa melalui bawah halangan, dan melintas sungai. Kerjasama antara pasukan sangat diutamakan untuk membawa mangsa ke tempat selamat dan arahan dari ketua perlu ditaati dan difahami.

Program sampingan yang terdapat dalam kursus ini ialah aktiviti abseiling dan flying fox, ceramah motivasi, night trekking, dan mandi manda kolam. Pada sebelah malam sebelum tidur, tayangan movie diadakan di hadapan bilik para peserta. Antara movie yang sempat ditayangkan Prebet Lapok, 18 year old Virgin, Night Train dan Night at The Museum.

Program ditamatkan dengan penyerahan sijil kepada semua peserta. Dalam ucapan penutup, Bro Hazezy menegaskan bahawa beliau mempunyai perancangan jangka panjang yang menarik dan akan berkongsi sama dengan ahli-ahli ARCIIUM. Kami menyambut baik cadangan beliau dan mengharapkan apa yang dirancangkan menjadi kenyataan dan bukannya omongan kosong seperti ahli politik.

WordPressYahoo MessengerMultiplyGoogle ReaderHotmailYahoo MailNetvibes ShareBlogger PostDeliciousFacebookShare