Kelebihan Mendaki Gunung

Sukan mendaki gunung adalah salah satu aktiviti rekreasi yang di gemari hampir semua ahli Adventure Club IIUM. Mereka melihat sukan ini sebagai salah satu cabang untuk menyihatkan badan di samping mempunyai beberapa kelebihan tersendiri. Antara gunung yang popular di kalangan mereka ialah Gunung Tahan, Gunung Nuang, Gunung Bunga Buah, dan beberapa gunung lain di sekitar Malaysia.

PC251784.JPG PC261842.JPG P1253590.JPG P1253625.JPG

Sukar untuk dinafikan bahawa sukan ini membawa seribu satu kelebihan kepada penggemarnya. Antara kelebihan utama sukan ini ialah dapat menyihatkan anggota badan. Seperti yang kita ketahui, aktiviti mendaki gunung memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang luar biasa. Kita hendaklah bersedia sepenuhnya sebelum sesuatu ekspedisi untuk memudahkan pergerakan pasukan. Tapi ada sahaja yang membawa masalah tiap-tiap kali ekspedisi, biasala kan, bukan orang lain.

Kelebihan kedua sukan ini ialah dapat melihat kebesaran ciptaan Allah yang Maha Esa. Antaranya ialah keindahan terbenam dan terbitnya matahari, kesegaran air terjun yang mengalir, tebaran bintang-bintang di angkasa, kejinakan binatang-binatang di hutan, dan khasiat tumbuh-tumbuhan. Dengan melihat kebesaran ini, moga-moga dalam masa yang sama dapat meningkatkan kesedaran kita betapa pentingnya untuk menjaga keindahan alam yang dianugerahkan oleh Allah yang Esa.

P3154784.JPG P3154786.JPG

Dalam masa yang sama, sukan ini dapat melupakan kita kepada masalah-masalah yang kita hadapi di kotaraya. Ketika berekspedisi tidak kedegaran bunyi-bunyi bising kereta, kesesakan lalu lintas yang teruk, gangguan bunyi dari bilik rakan, dan kerja yang diberikan lecturer. Di sini, kita dapat merehatkan minda kita dan bermuhasabah untuk menjadi manusia yang lebih berguna.

Cinta, jodoh, kawan karib, skandal dan isteri juga merupakan salah satu kelebihan istimewa aktiviti mendaki gunung. Abang dan kakak-kakak dari Latepackers merupakan contoh yang sesuai kepada kita. Perkahwinan mereka dilihat bahagia di samping dikurniakan anak-anak sebagai penyeri keluarga. Sesuailah untuk kita ahli-ahli ARCIIUM untuk mencari calon yang sesuai sebelum dikebas orang. Hahaha..

P3224923.JPG P3225024.JPG P3214889.JPG P1243439.JPG

Aktiviti ini juga dapat memupuk pelbagai sikap positif kepada penggemarnya. Antaranya kerjasama dalam pasukan, disiplin diri, rasa bertanggungjawab dan menepati masa. Secara teori memang mudah untuk ditulis dan difahami. Namun, sikap-sikap ini memerlukan penekanan yang lebih terutama kepada ahli-ahli ARCIIUM sendiri.

Kesimpulannya, sukan mendaki gunung ini mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri kepada penggemarnya. Oleh itu, aku menyeru kepada kawan-kawan aku semua supaya meneruskan aktiviti ini sampai kita mati. Hahaha..

WordPressYahoo MessengerMultiplyGoogle ReaderHotmailYahoo MailNetvibes ShareBlogger PostDeliciousFacebookShare