Mayat dua doktor ditemui

Punca kematian masih disiasat

HULU KLANG: Mayat dua doktor pakar sebuah hospital swasta di Ampang yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, ditemui di kawasan hutan simpan Bukit Tabuh, dekat sini semalam, kira-kira 24 jam selepas laporan kehilangan mereka dibuat.

Dr Haliza Mohd Shafie, 53, dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yun Ming, 57, dilaporkan hilang Rabu lalu selepas keluar bersama dari tempat bekerja.

Usaha menjejaki mereka bermula kira-kira jam 7 pagi semalam sebaik polis menerima laporan suami Dr Haliza mengenai penemuan kenderaan jenis Nissan Latio milik isterinya itu berhampiran loji rawatan air milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), dekat Taman Rekreasi Ampang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata pasukan mencari dan menyelamat ditubuhkan membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta ahli keluarga mangsa.

“Kita turut mendapat bantuan dua helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mayat kedua-dua doktor itu dikesan kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam.

  • WordPress
  • Yahoo Messenger
  • Multiply
  • Google Reader
  • Hotmail
  • Yahoo Mail
  • Netvibes Share
  • Blogger Post
  • Delicious
  • Facebook
  • Share/Bookmark

Comments (2)

 

  1. Carsharf says:

    Dah ramai orang tewas di Bukit Tabuh? Kenapa boleh jadi macam tu? Aku dah 5 kali pergi ke puncak Bukit Tabuh itu, tak ada pun kawan-kawan aku yang tewas di Bukit tu. Pelik lah. Macam ada something goes wrong somewhere.

  2. malaysiakini says:

    mungkin.. sebab tuh la. keselamatan perlu diutamakan.. nasihat kepada diri aku jugak..

    selamat pegi.. selamat pulang.. ameen

Leave a Reply