Diari Climbing
Mulai minggu ini, diari climbing akan menjadi salah satu slot di dalam arciium.com. Slot ini akan diketuai oleh Din Ganu, memaparkan program, aktiviti, kemeriahan, dan perkara berkaitan sukan climbing. Diharap dengan teterbitnya slot ini dapat memupuk kembali semangat ahli-ahli arciium.com untuk menceburkan diri dalam sukan ini.
Program: The Revenge of Ranjit (Rock Climbing)
Date: 28 March 2009
Time: 11 AM to 3 PM
Venue: Gua Damai, Batu Caves
Participants: Din Ganu, Adi Kurin, RANJIT, Aisyah, Basit, Zack Damai
Semua peserta berkumpul di tangga besar sebelum memulakan perjalan ke Gua Damai. Ekspedisi kali ini diketuai oleh Din Ganu.
Perjalanan bermula. Alhamdulillah, semua bermula dengan wajah ceria dan berkobar-kobar terutama sekali RANJIT. Dengan harapan untuk menebus keaiban di gua musang, RANJIT menyertai program kali ini. Perjalanan ke Gua Damai mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Di Gua Damai, Din Ganu memulakan aktiviti dengan sedikit warming up supaya tiada kecederaan akan berlaku. Dua route telah dibuka oleh Din Ganu untuk participants kali ini. Dua route tersebut bertaraf 5C dan sangat sesuai untuk beginner. First climber kita pada kali ini adalah RANJIT dan pada separuh jalan, sekali lagi RANJIT mengaku kalah dan mahu turun. Pada mulanya, Din Ganu tidak membenarkan RANJIT turun tetapi setelah dirayu Din Ganu menurunkan RANJIT dengan janji yang RANJIT akan naik sekali lagi selepas rehat.
Climber kedua kita adalah Basit, dengan arahan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Din Ganu, Basit dapat melepasi route pertama. Climber ketiga kita ialah Aisyah, Aisyah berjaya melepasi route yang diberikan dengan jayanya biarpun pada pertengan jalan Aisyah memegang tali.
Di route kedua, first climber kita ialah RANJIT. Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh Adi Kurin, RANJIT dapat melepasi route kedua dengan jayanya. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA RANJIT. Climber kedua kita ialah Aisyah dan dia juga dapat melepasi route kedua dengan jayanya. Tetapi malang bagi Basit kerana dia sudah tidak larat lagi untuk menaiki route kedua. First time. Dimaafkan.
Tepat pada pukul 2.30 petang RANJIT, Aisyah, dan Basit berangkat untuk pulang. Wajah ceria dan gembira dapat dilihat daripada semua peserta terutama sekali RANJIT. RANJIT telah dapat menebus keaiban dia di Gua Musang yang lalu. Alhamdulillah, secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya.
Comments (2)




aku pegi mana ye time ni?? asal zack ade aku xde? aku konfius sekejap..bukan ke aku dan zack bersama hari itu?
ko tade ke.. ntah la.. aku pun taktau.. ganu yg tulis report..
malas letak name ko kot.. biasa la kan.. haha