Report of Sungai Pusu Waterfall
Semua peserta seramai 15 orang bertolak ke Sungai Pusu untuk memulakan perjalanan mencari air terjun. Ekspedisi di ketuai oleh budak-budak kampung di situ.
Perjalanan bermula. Alhamdulillah, semua bermula dengan wajah ceria dan berkobar-kobar untuk melihat keindahan Air Terjun Sungai Pusu. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 45 minit. Trek yang di lalui dikategorikan sebagai mesra pelanggan dan tidak meletihkan. Malang untuk kawan-kawan Aida yang tertipu dengan maklumat yang diberikan. Mereka mendapat maklumat bahawa perjalanan hanya macam dari bilik masing-masing ke kelas. Haha..
Di kawasan air terjun, budak-budak kampung menunjukkan kehebatan masing-masing dengan menggagau ikan yg sedang gembira berenang. Ramai peserta yang mencuba meniru aksi mereka tapi semuanya gagal kerana kurang kemahiran berfikir. Tahniah diucapkan kepada fairuz yang berjaya menggagau seekor ikan.
Selepas puas mandi manda dan makan bekalan yg dibawa, semua peserta bersiap-siap dan pulang ke IIUM. Wajah ceria dan gembira dapat dilihat daripada semua peserta. Alhamdulillah, secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya.



