Report of Sports Day
Bermula daripada sekeping kertas dan sebatang pen, akhirnya ARCIIUM LATEPACKERS Sports Day 2009 berjaya diadakan dengan jayanya. Program yang mendapat sambutan luar jangka daripada ahli-ahli Latepackers dan beberapa ahli ARCIIUM. Suasana menjadi meriah, bila mana anak-anak dan isteri turut di bawa untuk memeriahkan majlis. Tangisan, gelak ketawa, dan aksi kejar-mengejar sesama mereka dapat dilihat daripada anak-anak kecil ini.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil Latepackers, saudara Razmi. Sajian sarapan pagi disediakan oleh pengajur iaitu Nasi goreng dan Teh O panas. Kelihatan, beberapa orang ahli-ahli Latepackers dan ARCIIUM mula untuk berkenalan antara satu sama lain.
Pertandingan dimulakan dengan acara futsal di antara ARCIIUM A menentang Latepackers A. Aksi dan gaya permainan daripada kedua-dua pasukan sangat menghiburkan. Kehebatan Amin, Khalil, Soeb, dan Olim memang tidak dapat dinafikan dari dulu lagi. Tidak kurang juga kelincahan abang-abang Latepackers antaranya Laboo, Jay, Abang, Mamat, dan seangkatan walaupun sudah berkeluarga.. Haha
Selesai perlawanan futsal pertama, hadirin tertumpu kepada acara bola tampar dan bola baling. Dalam permainan bola tampar, kemaraan pasukan Latepackers tidak dapat dibendung oleh ARCIIUM apabila menang 2-0 dengan keputusan mata 25-22 dan 25-18. Dalam acara bola jaring, keputusan seri dicatatkan. ARCIIUM 3 Latepackers 3
Atas permintaan ramai, acara futsal wanita diselitkan selepas berakhirnya acara bola tampar dan bola jaring. Kelibat Evy, Dayah, Fifah, Hanis, dan beberapa wakil Latepackers yang menyertai acara tersebut. Tidak ketinggalan, anak-anak kecil yang turut serta bersama ibu-ibu mereka. Kemenangan berpihak kepada pasukan ARCIIUM dengan keputusan 2-0. Tahniah diucapkan.
Turut menghiasi majlis, ialah acara untuk kanak-kanak iaitu tendang bola masuk gol. Seramai 9 orang kanak-kanak yang menyertai. 5 daripada mereka berjaya melakukannya dan diberikan hadiah tajaan oleh Latepackers. Salah seorang yang berjaya ialah anak Laboo, tengok bapak la kan, mesti anak pun hebat jugak. Haha.
Keputusan akhir futsal lelaki berpihak kepada pasukan ARCIIUM selepas ditentukan dengan sepakan penalti. ARCIIUM terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan pasukan Latepackers yang dibarisi oleh para pemain yang berkaliber dan berpengalaman.
Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan cabutan nombor bertuah. Hadiah ditaja oleh Latepackers, orang perseorangan, dan tidak terlepas Eiger Malaysia. Juara keseluruhan pada tahun ini jatuh kepada pasukan ARCIIUM.
Selepas makan tengah hari, ramai para peserta yang mula pulang menuju destinasi masing-masing.
Sebelum pulang, Razmi telah memberikan t-shirt Latepackers secara percuma dan pukal kepada ahli-ahli ARCIIUM yang tinggal. Tahu-tahu je la perangai masing-masing kalau tak berebut, plastik tak koyak, adegan ketawa besar memang tak sah la..
Alhamdulillah, berakhirnya ARCIIUM LATEPACKERS Sports Day 2009. Terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dan memberikan sokongan dalam menjayakan aktiviti ini secara langsung dan tidak. Terutamanya kepada saudara Razmi yang terus menerus memberikan semangat, Amin, Olim, Mr Presiden sendiri, dan ramai lagi yang tak tertulis. Jasa kawan-kawan semua sangatlah dihargai.
InsyaAllah, dengan penambahbaikan yang akan dilakukan diharap agar program seperti ini dapat terus diadakan. Diharapkan, agar program-program akan datang mendapat sambutan luar jangka daripada ahli ARCIIUM yang berdaftar.
Akhir sekali, segala kesilapan harap dimaafkan dan hingga ketemu pada aktiviti seterusnya.
Allahuakbar!!!
Comments (2)




gambar arc iium family day xder ke?
ade la.. check kat arc picasaweb…ade je