Report of Gunung Bunga Buah
Line up: Yahya, Abe, Olim, Asker, Amin, Kalel, Dann
Trekker: Semua
Tarikh: 14 – 15 March 2009
14/3/2009, Saturday
Day 1
Memandangkan trip kali ini semua jantan, jadi Mahallah Uthman dijadikan tempat untuk mengumpul para peserta. Waktu yang dijanjikan pukul 9, tapi macam biasa la kan..masalah sikap budak2 nie tak penah berubah.. Peserta paling awal bekumpul konfem2 la amin..sebab kumpul dekat bilik die..tuh pun tengah tidur lagi, diikuti oleh asker,dann,abe,yaye..yaye sanggup datang uia dari rumah dengan tak mandi pagi..takut2 kene tinggal transport, tahniah diucapkan..semangat mcm ni la kite nak..olim, dan last sekali kalel.
Tetap jam 11 pagi..adi kurin sampai dengan kereta unser..membawa kesemua peserta ke starting point..
Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit..sebelum memulakan perjalan, kami ambil keputusan untuk makan tengah hari di restoran Nasi Kandar Genting..
Lepas makan, semua bergerak ke starting point yang bersebalahan dengan kebun sayur dan inti college di Gohtong Jaya. Olim dan Kalel ditugaskan utk mengisi air sebagai bekalan utk bermalam di puncak.. Setelah penat berusaha, mereka mengambil keputusan untuk mengisi air dari sumber water cooler inti college..mane tak lame..dalam 25 litre nak isi.. 10 liter dann bawak sampai puncak..haha, ganas tuh
“cukup ke beras”..tanya olim kepada semua…ape punya soalan la, dah nak start trekking nie..bole tanya beras cukup ke tak..memang tak patut langsung.. lain kali, cari soklan lain yg berilmiah sikit..hahaha
Perjalanan dimulakan tepat jam 130 tengah hari, baru 2 minit berjalan..dah kene tegur ngan apek kebun sayur.. “salah jalan tuh, ni jalan sebenar” katanya.. kami kemudian meneruskan perjalanan mengikut map yang diberikan.. dalam 1 jam perjalan, kami tiba di pintu rimba.. permulaan trek hutan ke puncak Gunung Bunga Buah..
Perjalanan ke puncak dari pintu rimba bole dikategorikan sebagai mesra pelanggan. Dalam pukul 330 petang kami tiba di Gohtong View.. Terdapat banyak batu di sini dan pokok2 yang renek seolah2 kita berada di Bukit Tabuh dapat dilihat di sini. Genting Highlands Resort berada di sebelah kami.. dan pemandangan banjaran titiwangsa yang menarik dapat dilihat.
Tepat jam 545 petang.. alhamdulillah, semua peserta selamat tiba di Puncak Bunga Buah.. Kelihatan bibit keriangan dapat dilihat pada semua wajah peserta terutama peserta paling muda, Olim.. haha.
Menu untuk makan malam, tomyam sayur, ayam masak merah, telur dadar, nasi puteh, air sirap limau, dan buah nangka dan lai sebagai pencuci mulut. Mewah kan trip kali ini, sape kata lelaki tak boleh masak.. kami berjaya buktikan kami mampu. haha.. ketua di dapur, mestila amin..dibantu oleh adik kesyangannya olim.
Aktiviti malam diisi dengan perbualan yang menjurus kepada soal keadaan ummat semasa, politik malaysia, memperkuatkan club, dan hal2 berbangkit.. memang janggal untuk di terima, tapi pada malam tersebut tiada seorang pun yang membicarakan mengenai awek, perempuan, kawin, dan sebagainya.. hahaha
Lepas borak2..ape lagi..tido
15/3/2009, Sunday
Day 2
Macam biasa Solat Subuh, kemudian tidur balik.. pukul 930 pagi semua peserta bangun. sarapan disediakan oleh saudara amin..mee hon goreng dan kopi panas.
Pemandangan dari puncak boleh dikategorikan menarik.. Keseluruhan bandar Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelasnya. Kemegahan Menara Berkembar Petronas, Keindahan Empangan Klang Gates, Kehebatan Menara Telekom, dan Keluasan UIA dapat dilihat dari Beirot Gunung Bunga Buah.
Selepas siap2 berkemas. pukul 1230 tengah hari kami memulakan perjalanan turun ke Starting Point. Cuaca yang menarik dan kelembutan angin yang bertiup membuatkan hati kami sebak untuk meninggalkan gunung bunga buah.
Tepat jam 330, kami selamat tiba di starting point dan terus menuju ke Restoran Nasi Kandar Genting untuk menjamu selera..
Kami, bergerak pulang dengan menaiki bus awam ke UIA dan tiba di tangga besar jam 6 petang.
Terima kasih kepada semua yang merealisasikan trip kali ini… walaupun kurang mendapat sambutan namun masalah ini akan terus diperbaiki untuk prgoram akan datang insyaAllah..
Hingga ketemu pada trip seterusnya.
Assalamualaikum..



