Report of RIC 2009
Seperti yang semua tahu, tanggal 6 hingga 9 March 2009 yang lepas berlangsung program Recreation Induction Course 2009 di Taman Etnobotani Gua Musang, Kelantan Darul Naim. Peserta program seramai 30 bertolak dari IIUM pada tepat jam 1230 tengah malam, 7 March 2009. Perjalanan mengambil masa lebih kurang lima jam dan kami sampai di Gua Musang pada jam 5.30 pagi.
RIC dimulakan dengan program group binding antara peserta. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan terdiri daripada kumpulan Harimau, Monyet, Ayam dan Lembu. GG, Fajar, Amy, dan Kluang menjadi pembantu kepada kumpulan tersebut.
Pada Sebelah petang nya, diadakan aktiviti caving dan camp craft. Program diketuai oleh Mr P dan Adi Kurin. Malamnya, diadakan aktiviti bebas mengikut selera masing-masing.
Aktiviti hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi, nasi lemak berlaukkan telur mata. RIC diteruskan dengan aktiviti rope management dan orienteering class pada sebelah pagi. Saudara Zack dan Ayap diberi amanah untuk mengajar peserta dalam kelas tersebut. Alhamdulillah, aktiviti mendapat sambutan walaupun pada awalnya peserta dilihat kurang bersemangat dan daya usaha.
Selepas makan tengah hari, RIC diteruskan dengan aktiviti flying fox, abseiling, dan rock climbing. Malang menimpa salah seorang peserta iaitu saudari Aisyah apabila digigit dua tebuan pada bahagian kaki. Kepantasan yang ditunjukkan oleh saudara Bonnie dapat mengawal keadaan dan Aisyah dapat meneruskan aktiviti seperti biasa. Manakala di checkpoint rock climbing, keadaan menjadi hingar bingar apabila saudara Ranjit memulakan pendakian ke puncak. Walaupun sokongan padu diberikan, namun beliau tidak dapat menghabiskan pendakian tersebut dan menjadi bahan gurauan sampai sekarang. Hahaha.
Pada sebelah malamnya, diadakan acara malam persembahan dan BBQ. Terima Kasih diucapkan kepada Dr Siti Normala yang sudi menaja BBQ pada malam tersebut. Para peserta menyampaikan persembahan mereka dengan baik dan bibit-bibit kemesraan antara peserta dan pihak penganjur mula kelihatan.
Hari terakhir, tarian poco-poco menjadi aktiviti pemanas badan utk hari ini. Tepat jam 10, compass matching diadakan dengan meliputi seluruh kawasan Taman Etnobotani. Di sini, aplikasi daripada kelas orieentering semalam menjadi sandaran untuk melihat kemampuan mereka mencari checkpoint masing-masing.
Tepat jam 2.30 petang, peserta mula bertolak balik ke IIUM Gombak dengan bas yang disediakan. Taman Rekreasi Sungai Yu menjadi tempat persinggahan pertama di dalam perjalanan pulang. Lebih kurang jam 10 malam, bas selamat sampai di IIUM Gombak.
Alhamdulillah, akhirnya RIC 2009 yang dirancang sebelum ini berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Program Manager dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Jasa dari semua pihak tidak terbalas dengan wang ringgit dan tidak boleh ditukar ganti dengan kata-kata. Kepada para peserta, jangan serik untuk terus bersama kami, mari kita bina satu ikatan kekeluargaan yang kukuh demi kepentingan umat Islam seluruh dunia, InsyaAllah.
Comments (4)




chicken dance tak citer? apela..tu yg paling best..dalam bas pon boleh chicken dance..
yeah..
selaku org yg promote chicken dance..
im honoured
wahaha
-Monkey Cool Monkey Rules ;p -
bukan tak cite..idea tak datang..nak buat cam mane..takpe2…laen kali aku letak,tgu next trip..haha
yaye msk???