Report of Dialog
Majlis dimulakan tepat jam 2030 dengan bacaan surah al-fatihah. Kehadiran ahli ARC dianggarkan lebih kurang 20 orang dan hampir semua saf kepimpinan kelab hadir ke sessi tersebut.
Saudara Hazizi Aris memperkenalkan diri dan jawatan yang disandang di Female Sports Complex sebagai Officer of Sports and Recreation Based Unit. Beliau merupakan bekas pegawai di Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Sukan dan memulakan perkhidmatan di IIUM pada 1 Ogos 2008
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang rekreasi dan telah berjaya sampai ke Puncak Mount Kalla Pattar dan Everest Base Camp. Dengan pengalaman yang luas ini, inysaAllah ARC akan meminta segala tunjuk ajar dan ilmu bagi memantapkan ahli2 ARC sendiri.
Antara perkara yang dibincangkan ialah perancangan aktiviti untuk tahun 2009, pendedahan ahli2 ARC kepada kursus2 dalam bidang rekreasi, program jati diri, dan masalah berbangkit.
Rata-rata memberikan komen yang baik dan membina selepas pertemuan dengan Abang Zizi. Mereka mengharapkan kerjasama yang lebih kukuh dapat dibina untuk memantapkan ARC dalam masa yang sama mengharumkan nama universiti yang kita cintai ini.
Majlis diakhiri jam 2230 dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr..



