Report of AGD ARC Nilai

Malam tadi, 31/1/2009 telah berlangsung Annual Grand Dinner yang dianjurkan oleh Adventure Club IIUM Cawangan Kampus Nilai. Dengan tema “Night of Retrospect”, kebanyakkan ahli klub tidak kira dari Kampus PJ, Kuantan, dan Gombak memperagakan pakaian berkaitan dengan tema. Kebanyakkan dari mereka datang dengan 2 warna utama Hijau dan Putih.

Majlis dihadiri oleh penasihat klub Abang Naz, ahli dari kampus PJ, Kuantan, Gombak, dan tidak dilupakan beberapa orang abang2 kita dari Latepackers.

Alhamdulillah, makanan yang disediakan sungguh enak dan menepati citarasa tetamu yang hadir. Acara seperti Ucapan Aluan dari Penasihat, Bacaan ayat2 suci Al-quran, Lucky Draw, persembahan dari kelab Kampus PJ, dan Gimik dari penganjur mewarnani kemeriahan pada malam tersebut.

Abang Razmi dari latepackers turut menyampaikan ucapan ringkas memperkenalkan Latepackers kepada adik2 kita di Nilai. Kelihatan dari raut wajah mereka cahaya2 keriangan dan perasaan ingin tahu ketika melihat Abang Razmi menyampaikan ucapan. Syabas diucapkan..

Walaupun masih kelihatan jurang antara kita, namun dengan perancangan yang dirancang insyaAllah, ARC Gombak yakin kita dapat membina satu hubungan keluarga yang rapat di antara peminat2 sukan rekreasi di UIA samada dari kampus Gombak, PJ, Nilai dan Latepackers.

Sekian diucapkan, moga2 ketemu lagi di dalam aktiviti yang seterusnya.. ameen

WordPressYahoo MessengerMultiplyGoogle ReaderHotmailYahoo MailNetvibes ShareBlogger PostDeliciousFacebookShare